The great place to get up-to-date with the latest technology.

Muat turun iOS 6.0.2 !




Baru-baru ini,Apple telah mengeluarkan iOS 6.0.2,sebuah kemas kini perisian tambahan untuk pengguna iOS 6.

Kemas kini ini dikeluarkan bertujuan untuk membaiki isu-isu sambungan tanpa wayar pada telefon bimbit iPhone 5 dan tablet iPad mini.

Dikeluarkan untuk peranti tertentu sebagai pembaiki kemas kini bug,iOS 6.0.2 seolah-olah menangani isu tunggal dengan sambungan Wi-Fi pada iPhone 5 dan ipad mini yang baru sahja dilancarkan.

Pengguna iPhone 5 telah dibelenggu oleh isu-isu Wi-Fi,manakala laporan menunjukkan bahawa pengguna iPad mini mengalami sambungan yang lemah kini telah semakin berkurang.

Walau bagaimanapun,iOS 6.0.2 berjanji untuk memperbaiki bug yang boleh memberi kesan kepada Wi-Fi,menurut changelog yang disediakan oleh Apple dengan kemas kini perisian tersebut.

iOS 6.0.2 kini boleh didapati over-the-air (OTA) melalui sambungan tanpa wayar,atau melalui iTunes,melalui sambungan terikat.

Selain itu,pengguna boleh memuat turun fail standalone IPSW yang dikemas kini di sini.

Need for Speed Most Wanted Ultimate Speed Pack + Screenshots


Seperti yang dijangka,Electronic Arts baru sahaja menerbitkan Need for Speed Most Wanted Ultimate Speed Pack.

Pack tersebut menambah lima buah kereta terpantas di dunia,termasuklah Pagani Zonda R,McLaren F1LM,Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse,Lamborghini Aventador J dan Hennessey Venom GT Spyder.

Kelima-lima buah kereta tersebut boleh digunakan dalam Perlumbaan berkelajuan tinggi dan Speed Runs yang turut dimasukkan di dalam senarai event Most Wanted yang baru ini.

Need for Speed Most Wanted Ultimate Speed Pack DLC ini boleh dibeli dengan harga $9.99 sahaja.

[Screenshot]






Versi Photoshop seterusnya tidak akan menyokong XP


Adobe telah pun menggugurkan sokongan untuk sistem operasi Microsoft yang paling berjaya iaitu Windows 7 di dalam Lightroom 4.Kini,syarikat gergasi tersebut mengatakan bahawa versi Photoshop berikutnya iaitu Photoshop CS7 akan mengikut jejak langkah yang sama dan tidak akan menyokong Windows XP.

Secara ringkasnya,komponen moden dan sistem operasi adalah merupakan rahsia utama bagi prestasi unggul Photoshop kerana ia boleh menggunakan kuasa GPU secara maksimum,ciri-ciri peningkatan seperti 3D,Blur Galery and Lighting Effect,yang tidak terdapat dalam Windows XP.

Notis awal ini bertujuan untuk membolehkan pengguna mempunyai masa secukupnya untuk membuat penghijrahan daripada Windows XP/7 kepada sesuatu yang lebih baik untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Photoshop versi seterusnya.