The great place to get up-to-date with the latest technology.

Kupasan & kajian novel "PAPA... (akhirnya kau tewas jua!)"

Biodata Pengarang : Deana Yusof

  1. Deana Yusof ialah nama pena bagi Norhaiza binti Yusof.
  2. Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong,Selangor.
  3. Deana memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru,Kuala Lumpur.
  4. Tamat pendidikan menengah,Deana melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam,Selangor.
  5. Beliau kini menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications.
  6. Berpegang pada kepercayaan bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti,maka beliau kini akan menulis sebuah novel setahun.
Tema
  1. Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan.
  2. Tema dianggap sebagai perkara atau idea pokok yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana cerita.
  3. Tema dalam novel PAPA... (akhirnya kau tewas jua!) ialah kasih sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan.
  4. Ikatan kasih sayang itu lahir daripada hati yang suci dan ikhlas terhadap seseorang yang paling dicintai.
  5. Ikatan itu adalah kunci kepada nikmat kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga.
  6. Sifat kasih sayang terpancar melalui watak Intan Julia,Jeffri dan Intan Maliana.Ketiga-tiga watak tersebut menunjukkan rasa saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
Persoalan
# Pengorbanan #
  • Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua demi mengikut kehendak suaminya.Walhal,tindakannya itu mendatangkan risiko kepada dirinya.
  • Jeffri sanggup mengorbankan masa,tenaga dan kepentingan peribadi demi menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.
# Kesetiaan seorang suami terhadap isteri #
  • Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas banyak kehilangan darah semasa melahirkan anak kedua mereka.
  • Jeffri enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh Mak Cik Noraini.
  • Jeffri membuat keputusan mengahwini Aisyah selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.
# Masalah yang timbul akibat daripada kegagalan mengawal nafsu #
  • Tindakan Muaz al-Khalibi menodai pengemas biliknya telah menyebabkan wanita itu mengandung.
  • Muaz yang enggan bertanggungjawab telah menyebabkan pembantu rumah itu meninggalkan Rasylan di tepi longkang besar.
  • Rasylan yang telah diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim akhirnya berasa terpinggir selepas ibu bapa angkatnya beroleh zuriat sendiri.
# Ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian daripada Tuhan #
  • Ketabahan Jeffri berhadapan dengan ujian Tuhan apabila isterinya koma,manakala anak kembarnya meninggal dunia.
  • Intan Maliana tabah menghadapi tekanan ketika mengandung anak kedua dan kemudiannya koma lebih tiga tahun.
  • Ketabahan Mak Cik Noraini yang kehilangan suami dan anak-anaknya dalam suatu kemalangan jalan raya.
# Persahabatan tanpa mengira asal usul dan status sosial #
  • Intan Julia berkawan rapat dengan Rasylan walaupun Rasylan anak luar nikah.
  • Jeffri melarang Intan Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana asal usul keturunan Rasylan.
  • Aisyah tidak berasa kekok bercampur gaul dengan Intan Julia walaupun keluarganya orang berada.

0 comments: