The great place to get up-to-date with the latest technology.

357 penjenayah siber ditahan oleh pihak berkuasa di Filipina


Pihak berkuasa dari Filipina telah mengumumkan hasil daripada operasi "terbesar dan paling tegas" dijalankan terhadap penjenayah siber : 357 warga asing yang ditangkap.

Suspek yang kebanyakannya dari Taiwan dan China diberkas hasil daripada kerjasama antara Presidential Anti-Organized Crime Commision (PAOCC) dan Criminal Investigation and Detection Group (CIDG)

Polis tersebut menyatakan bahawa kebanyakan individu yang ditangkap telah terlibat dalam penipuan kewangan.

Modus operandi mereka adalah menelefon mangsa dan memberitahu mereka bahawa akaun bank mereka digunakan oleh penipu.Kemudian,mangsa akan diarahkan untuk memasukkan wang mereka ke dalam sebuah akaun yang dipanggil "safe account".

Penjenayah tersebut juga mengancam akan pergi kepada polis jika mangsa enggan mematuhi arahan mereka.

Operasi ini bertujuan untuk menunjukkan kepada penjenayah yang menyangka Filipina merupakan negara yang selamat untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang bahawa mereka salah.

Microsoft reka semula logo mereka buat pertama kali setelah 25 tahun



Microsoft akan meletakkan harapan yang amat besar ke atas Windows 8.Hakikatnya,ia begitu jauh ketinggalan dalam pasaran telefon bimbit dan tablet.Satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah dengan memonopoli pasaran desktop untuk mendapatkan tempat yang lebih baik daripada dua pasaran tersebut (telefon dan tablet).Jika ia berfungsi,mungkin ia akan memberikan pulangan yang baik,tetapi jika tidak,mungkin Microsoft tidak akan berfikir tentang ia lagi.

Tetapi,untuk menunjukkan kesungguhan syarikat mereka itu,mereka telah mendapatkan sebuah logo baru.

Itu mungkin kelihatan sedikit remeh.Tetapi logo dan jenama Windows dan Office mereka lebih dikenali daripada logo Microsoft sebenar.

Ia bukan suatu perubahan utama,tetapi ia cuba untuk memberitahu bahawa Microsoft memilih "Metro" sebagai logo,walaupun ia tidak dipanggil Metro lagi.Logo baru tersebut sudah hidup di beberapa laman web Microsoft.

Logo baru tersebut agak ringkas.Dataran empat warna Windows bersama-sama dengan nama Microsoft ditulis di dalam dan muka taip Segoe digunakan.

Selain daripada perubahan muka taip,ini adalah kali pertama logo tersebut akan meletakkan sesuatu di sebelah nama tersebut,sebuah simbol,iaitu empat petak.

Sebelum ini,ia hanya nama Microsoft.Malah,simbol empat petak akan digunakan dengan jelas,banyak kali dengan nama sebenar di sebalik ia.

Satu perkara yang sama ialah huruf "f" dan "t" dihubungkan bersama-sama.

Pengguna Facebook memuat naik 300 juta foto setiap hari


Dengan lebih daripada satu bilion pengguna,lebih separuh daripada mereka log masuk setiap hari,ia tidak menghairankan sesiapa bahawa Facebook menjana jumlah data yang sangat besar.Nombor-nombor itu terlalu besar untuk dijadikan suatu konteks.


Hakikat bahawa ia merupakan laman foto terbesar di planet ini diketahui umum,sebenarnya,ia bukan sebuah pertandingan.

Pengguna memuat naik kira-kira 300 juta setiap hari ke laman tersebut.Terdapat beratus-ratus bilion gambar yang disimpan oleh Facebook.Flickr berkata bahawa pada tahun lepas,hampir 6 bilion gambar telah dimuat naik ke laman mereka.

Pada bila-bila masa,Facebook berurusan dengan kira-kira 105 terabytes data,2.5 bilion kandungan, dan 500 terabyte yang bernilai melalui laman Facebook pada setiap hari.

FIFA 13 Ultimate Team Will Be More Secure, EA Promises



Electronic Arts has promised that players of the upcoming FIFA 13 soccer simulator would be in for a more secure experience when trying out the game’s special Ultimate Team feature, as the various hacker attacks suffered by FIFA 12 have given the security team a better idea of what to expect from nefarious individuals.


FIFA 12 was one of EA’s biggest games last year, managing to draw in millions of soccer/football fans to its top-notch simulation experience.

What’s more, besides the actual gameplay, the Ultimate Team mode also drew in fans who’ve spent lots of real-life money on building their own squads.

Sadly, the feature also drew in hackers who started breaking into accounts and stealing cash as well as other items.

EA has learned a lot from these intrusions and the president of its Games label, Frank Gibeau, has promised that FIFA 13’s Ultimate Team would be a more secure experience.

"We learned a lot from the experience. A lot of companies are suffering from this right now. There's a lot of sophisticated hacking happening in the gaming industry and it's a continuous battle," Gibeau told Joystiq.

"We take it very seriously, put a lot of resources on it. The learning from the FIFA example last year has been incorporated this year. There's some incremental and additional things. I don't want to get too detailed because I don't want to tip our hand. Rest assured, we take it very seriously."

Gibeau also put into perspective the issue of security in the gaming industry, saying that nothing can be completely secure, no matter how many resources are spent.

"You're never going to win this battle," Gibeau added. "The moment you declare victory, somebody will walk in and show you didn't. So you have to continuously stay on top of it and, most importantly, keep account integrity the first and foremost issue."

FIFA 13 is out on September 28 for PC, PS3, and Xbox 360 and those who pre-order the game will receive plenty of Ultimate Team bonuses.

Trojan SMSZombie mengeksploitasi kelemahan dalam sistem pembayaran China Mobile


Pada 25 Julai,TrustGo Security Labs telah mengenal pasti malware yang menyasarkan pengguna Android dari China,Dikenal pasti sebagai SMSZombie,trojan ini dipercayai telah menjangkiti lebih 500,000 pengguna.


Trojan berniat jahat ini mengekploitasi lubang keselamatan (security hole) dalam sistem pembayaran SMS China Mobile untuk membuat bayaran yang tidak dibenarkan (unauthorized payments) dan mencuri maklumat perbankan yang sensitif.

Setakat ini,SMSZombie telah dikenal pasti dalam tujuh aplikasi yang berbeza yang telah ditanam di GFan.com dan lain-lain pasaran aplikasi Android China.

Jadi,bagaimanakah trojan tersebut menjangkiti telefon ?

Malware tersebut merebak melalui sebuah aplikasi yang bertajuk "Android Animated Screensaver: Animated Album I Found When I Fixed My Female Coworker's Computer".Sebaik sahaja ia dipasang (install),ia meminta mangsa untuk memasang (install) komponen tambahan yang mengandungi kod berniat jahat.

Semasa proses ini,ia akan menjadikan dirinya sukar untuk dibuang.

Selepas ia mendapat root privileges,SMSZombie memintas dan menghantar (forward) SMS yang masuk yang mungkin mengandungi maklumat sensitif kepada penyerang.

"Ketika menunggu untuk penyampaian kod berniat jahat selepas pemasangan,trojan ini agak sukar untuk dikesan.Virus canggih seperti ini telah menyerlahkan hakikat bahawa keterbukaan platform Android adalah seperti pedang bermata dua,"kata Xuyang Li,Ketua Pegawai Eksekutif TrustGo.

Pengguna dapat mengakses pelbagai aplikasi,tetapi mereka mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan aplikasi yang mereka inginkan tidak dijejaskan oleh penggodam.

Mangsa kepada ancaman ini melaporkan bahawa akaun permainan dalam talian telah dicas semula melalui sistem pembayaran SMS China Mobile.

Walau bagaimanapun,dalam usaha untuk mengekalkan profil yang rendah,malaware ini hanya mencuri sejumlah kecil wang dari akaun yang disasarkan.

Pakar menasihatkan pengguna berhati-hati memeriksa permohonan yang dilakukan oleh aplikasi sebelum memasang ia pada telefon bimbit mereka.

Plants vs. Zombies 2


PopCap dan Electronic Arts telah mengesahkan bahawa sekuel kepada permainan komputer Plants vs. Zombies akan dikeluarkan pada hujung musim bunga 2013.


Plants vs. Zombies mungkin telah mengejutkan agak ramai peminat PopCap dengan kehadirannya yang unik,tetapi berjuta-juta pemain telah jatuh cinta dengan permainan pertahanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan zombi yang muncul di pelbagai platform permainan elektronik dari seluruh dunia.

Kini,selepas banyak khabar angin,PopCap telah mengesahkan bahawa sekuel kepada Plants vs. Zombies akan dikeluarkan pada akhir musim bunga pada tahun 2013.

Plants vs. Zombies 2 ini akan merangkumi pelbagai "ciri-ciri baru,tetapan serta situasi",menurut PopCap yang tidak ingin mengeluarkan kenyataan yang kukuh setakat ini.