The great place to get up-to-date with the latest technology.

Games untuk Google Glass dilancarkan !


Google Developers dapat merasakan bahawa Google Glass akan menjadi platform baru untuk bermain.

Bertujuan untuk memberikan inspirasi supaya orang lain mula mencipta permainan untuk Google Glass,Google Developer terlebih dahulu mencipta 5 permainan mini yang boleh dimainkan menggunakan Google Glass.

Dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki oleh Google Glass dan juga kemahiran Google Developer,mereka berjaya mencipta permainan yang agak asas seperti Tennis,Balance,Clay Shooter,Matcher dan Shape Splitter.

Grafik yang digunakan dalam permainan ini tidak terlalu rumit kerana mereka tidak mahu pengguna Google Glass memberikan tumpuan mereka 100% kepada permainan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Namun,apa yang dijangka menjadi penghalang besar untuk mereka mencipta permainan yang lebih hebat lagi ialah ketahanan bateri Google Glass itu sendiri.

Kesemua permainan ini boleh dimuat turun (download) di sini.




Source : Google Developers

Bermain dengan warna


Mungkin anda memerlukan warna yang menonjolkan imej trendy ?

Elemen warna sememangnya memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.Kebiasaannya seseorang itu mahukan warna yang sinonim dengan tema pilihan bagi menyerikan lagi sesuatu.

Sekiranya anda seorang pereka grafik,mahupun seorang yang minat meng'edit' gambar,mungkin anda memerlukan tips untuk memilih warna yang sesuai mengikut tema yang anda cuba ingin sampaikan.

Jadi,di sini saya ingin mengsyorkan anda untuk muat turun (download) fail PDF ini.

Colorcode Cheat

Dell update Alienware 17 & 18



Dell update laptop mereka yang khusus untuk gaming,Alienware

Menurut sebuah laman web rasmi milik Dell Jerman,syarikat tersebut sudah update Alienware 17 dan 18 mereka dengan video card NVIDIA GeForce GTX 880M,GTX 860M dan AMD Radeon R9 M290.

Jadi buat masa ini,Alienware 17.3 disenaraikan dengan NVIDIA GTX 880M dengan video memori 8GB GDDR5,atau GTX 860M dengan 2GB GDDR5,ataupun AMD R9 M290X dengan 4GB GDDR5.

Bagi versi 18.4-inci pula menyediakan ciri-ciri yang sama untuk video card tetapi hadir dengan konfigurasi dual-GPU SLI dan CrossFire.Selain daripada itu,spesifikasinya kekal seperti sebelum ini.Jadi,pembeli masih akan dapat prosesor 4th Gen Intel Haswell i7 dengan 32GB RAM,display 1080p dan tambahan mSATA SSD.

Buat sementara waktu,pihak Dell masih belum mengambil order bagi model yang telah diperbaharui ini.

Sekiranya anda berminat untuk melihat spesifikasi laptop ini,sila layari Dell Jerman.

Source : Dell

LG G Pro 2 dilancarkan bulan hadapan ?

Pembuat telefon bimbit Korea Selatan iaitu LG Electronics sudah bersedia untuk melancarkan beberapa telefon pintar mewah mereka.Antara telefon pintar yang mungkin terlibat ialah LG G Pro 2.

Menurut info daripada ETNews,telefon pintar tersebut mungkin bakal berada di pasaran dengan skrin sentuh 6-inci yang mampu menyediakan resolusi full HD,sedikit besar daripada yang dijangkakan iaitu 5.9-inci sahaja.

Tambahan lagi,telefon pintar tersebut dikatakan dilengkapi Snapdragon 800 processor,3GB RAM dan Android 4.4 KitKat.Ia mungkin akan dilancarkan di Mobile World Congress di Barcelona pada bulan hadapan (Februari).

Walau bagaimanapun,setakat ini masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai hal ini.

Sumber : ETNews