The great place to get up-to-date with the latest technology.

357 penjenayah siber ditahan oleh pihak berkuasa di Filipina


Pihak berkuasa dari Filipina telah mengumumkan hasil daripada operasi "terbesar dan paling tegas" dijalankan terhadap penjenayah siber : 357 warga asing yang ditangkap.

Suspek yang kebanyakannya dari Taiwan dan China diberkas hasil daripada kerjasama antara Presidential Anti-Organized Crime Commision (PAOCC) dan Criminal Investigation and Detection Group (CIDG)

Polis tersebut menyatakan bahawa kebanyakan individu yang ditangkap telah terlibat dalam penipuan kewangan.

Modus operandi mereka adalah menelefon mangsa dan memberitahu mereka bahawa akaun bank mereka digunakan oleh penipu.Kemudian,mangsa akan diarahkan untuk memasukkan wang mereka ke dalam sebuah akaun yang dipanggil "safe account".

Penjenayah tersebut juga mengancam akan pergi kepada polis jika mangsa enggan mematuhi arahan mereka.

Operasi ini bertujuan untuk menunjukkan kepada penjenayah yang menyangka Filipina merupakan negara yang selamat untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang bahawa mereka salah.

0 comments: