The great place to get up-to-date with the latest technology.

10 Tip Jimat Bateri Samsung Galaxy S II




Semakin kerap penggunaan pelbagai aplikasi dan fungsi di peranti anda,semakin banyak bateri yang digunakan.Oleh itu,bagi pengguna Samsung Galaxy S II,pasti tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan untuk memanjangkan kuasa bateri anda setiap hari.

Kurangkan kecerahan paparan skrin

Ramai yang tidak sedar walaupun Galaxy S II memiliki Super AMOLED Plus,ironinya ia menyumbang kepada kadar kehabisan kuasa bateri yang lebih cepat.Cuba kurangkan ke tahap yang paling rendah.

Konfigurasi : Settings > Display > Brightness (Bergerak ke bar yang paling rendah di sebelah kiri)

Matikan GPS / Bluetooth

Pengguna biasanya tidak keberatan jika GPS atau Bluetooth dihidupkan sepanjang masa, atau mungkin anda tidak sedar.Untuk lebih efektif,gunakannya apabila diperlukan sahaja.Mematikan GPS dan Bluetooth pada masa tidak diperlukan ini mampu menjimatkan kuasa bateri.

Mengehadkan akses rangkaian

Samsung Galaxy S II berhubung dengan rangkaian Internet secara automatik sama ada melalui Wi-Fi atau 3G secara lalai.Jimatkan kuasa bateri dengan mematikan Wi-Fi apabila ia tidak diperlukan.Selain itu,matikan notifikasi dorongan dan kurangkan kekerapan menyegerakan secara automatik untuk mendapatkan e-mel.

Tutup sepenuhnya aplikasi yang tidak digunakan

Sebagai peranti pelbagai guna yang dilengkapi dengan pemprosesan dwi-teras, Galaxy S II membolehkan anda menjalankan banyak aplikasi pada satu-satu masa.Tetapi,ia juga meningkatkan kuasa pemprosesan CPU.Oleh itu,jika dirasakan tidak mahu gunakan aplikasi itu lagi,tutup secara sepenuhnya.


Gunakan latar belakang skrin ringkas

Bagi langkah penjimatan hayat bateri,latar belakang kosong membantu mengekalkannya dan kaedah yang lebih ekstrem,gunakan kertas dinding gelap.

Lumpuhkan atau kurangkan auto Sync jika boleh

Sambungan data menggunakan banyak bateri.Anda boleh cuba untuk mematikan latar belakang yang dijadualkan auto-sync aplikasi seperti Facebook,Gmail dan Twitter.Jika anda benar-benar perlu untuk menghidupkan ciri auto-sync,cuba untuk kurangkan kekerapannya.

Pengecasan yang betul

Ada teknik tertentu untuk persediaan mengecas Galaxy S II.Jika anda sentiasa menambah bateri supaya sentiasa penuh ia akan mendatangkan mudarat jangka masa panjang.Seperti peranti lain,anda perlu melatih diri untuk mengetahui kapasiti sebenra bateri yang diperlukan.Biarkan ia haus dengan sendirinya pada cas saat akhir untuk mengoptimumkan hayat bateri.

Matikan notifikasi pemberitahuan

Setiap pemberitahuan aplikasi baru Samsung akan dimaklumkan kepada pengguna.Ia kadang kala lebh daripada kegunaan seharian.Oleh itu,anda boleh mematikan notifikasi pemberitahuan aplikasibaru Samsung jika anda benar-benar tidak perlu.

Konfigurasi : Settings > Applications > Samsung Apps > Off

Peka jika isyarat rangkaian lemah

Peranti anda akan menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak daripada biasa untuk meningkatkan kekuatan isyarat rangkaian.Oleh itu,sentiasa peka dengan memastikan peranti anda memiliki penerimaan isyarat yang baik.Beralih kepada isyarat 2G jika sambungan isyarat 3G kurang di kawasan anda.

Buang widget yang tidak digunakan

Realitinya,widget yang menjadi simpanan anda antara faktor utama bateri anda cepat habis terutama yang menggunakan sambungan data ataupun yang sync secara automatik mengikut jadual.Oleh itu,anda hanya perlu meluangkan sedikit masa memilih dan menyimpan widget yang tidak menyusahkan.

0 comments: