The great place to get up-to-date with the latest technology.

Menukar nada dering iPhone kepada pilihan anda sendiri


Apple memang tegas dalam banyak perkara melibatkan produknya termasuk nada dering (ringtone).Ia menyokong hanya nada dering dalam format tertentu,menyukarkan pengguna untuk menetapkan lagu kegemaran sebagai nada dering telefon mereka.

Namun alternatif untuk hal ini ada dan sebenarnya sudah agak lama berada di pasaran.Audiko.net,aplikasi dalam talian yang membolehkan anda menukarkan lagu kegemaran sebagai nada dering untuk iPhone dan turut menyokong kegunaan peranti Android juga.



Hanya tiga langkah diperlukan bagi menghasilkan nada dering anda sendiri.Bukan sahaja mudah,malah ia percuma dan tidak menyusahkan anda untuk memuat turun atau memasang perisian terlebih dahulu ke dalam komputer.Anda boleh mlakukannya secara atas talian.

Meskipun bebas,anda cuma dibenarkan menghasilkan nada dering bagi 30 saat.Tetapi jangka masa 30 saat itu juga cukup untuk didengari sebelum anda menjawab panggilan.Bolehlah anda menanyang lagu-lagu terkini sebagai nada dering untuk didengari orang lain.

Langkahnya dimulakan dengan memuat naik lagu kegemaran yang ingin dijadikan nada dering atau masukkan sahaja alamat URL.Audiko.net akan terus menyediakan fragmen lagu untuk anda pilih yang mana sesuai.Tidak semestinya anda memilih di awal atau akhir lagu.Ia boleh jadi di mana-mana fragmen atau bahagian yang anda suka.



Anda juga boleh menyimpan semua nada dering yang dihasilkan di Audiko.net ini.Caranya ialah dengan mendaftar akaun Audiko percuma.Bila-bila masa,anda boleh kembali ke kolaksi nada dering anda,memuat turunnya,atau menetapkan 'bintang' atau rating pada nada dering tersebut.Ia juga boleh dijadikan perkongsian dengan rakan anda yang lain.

Selain menghasilkan nada dering anda sendiri,anda juga berpeluang memuat turun nada dering yang telah dihasilkan pengguna lain sebelum ini.sama ada nada dering, SMS atau suara,semuanya ada.Anda juga boleh membuat pencarian nada dering mengikut kategori atau genre seperti Pop,Rock,Hip-Hop,R&B,Indie,Klasik dan banyak lagi.

0 comments: