The great place to get up-to-date with the latest technology.

Muat turun iOS 6.0.2 !




Baru-baru ini,Apple telah mengeluarkan iOS 6.0.2,sebuah kemas kini perisian tambahan untuk pengguna iOS 6.

Kemas kini ini dikeluarkan bertujuan untuk membaiki isu-isu sambungan tanpa wayar pada telefon bimbit iPhone 5 dan tablet iPad mini.

Dikeluarkan untuk peranti tertentu sebagai pembaiki kemas kini bug,iOS 6.0.2 seolah-olah menangani isu tunggal dengan sambungan Wi-Fi pada iPhone 5 dan ipad mini yang baru sahja dilancarkan.

Pengguna iPhone 5 telah dibelenggu oleh isu-isu Wi-Fi,manakala laporan menunjukkan bahawa pengguna iPad mini mengalami sambungan yang lemah kini telah semakin berkurang.

Walau bagaimanapun,iOS 6.0.2 berjanji untuk memperbaiki bug yang boleh memberi kesan kepada Wi-Fi,menurut changelog yang disediakan oleh Apple dengan kemas kini perisian tersebut.

iOS 6.0.2 kini boleh didapati over-the-air (OTA) melalui sambungan tanpa wayar,atau melalui iTunes,melalui sambungan terikat.

Selain itu,pengguna boleh memuat turun fail standalone IPSW yang dikemas kini di sini.

0 comments: