The great place to get up-to-date with the latest technology.

Bagaimana untuk menjaga data-data anda ketika bercuti.


Apabila kita hendak berjalan,terdapat peluang yang entah bagaimana kita akan kehilangan telefon bimbit,komputer riba atau tablet yang diisi dengan maklumat berharga.

Jadi,apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi maklumat berharga ini ?

Pakar keselamatan dari McAfee telah mengeluarkan beberapa nasihat yang agak berguna bersama-sama tips asas.

Syor yang pertama ialah unuk menyimpan barangan berharga anda di luar penglihatan biasa.Barangan ini tidak sepatutnya ditinggalkan di kawasan yang boleh dilihat oleh orang ramai walaupun ketika kakitangan hotel datang untuk membersihkan hotel.

Untuk perlindungan yang lebih baik untuk kes pecah masuk,barang-barang berharga perlu diletakkan di dalam peti besi jika hotel tersebut menyediakannya untuk anda.

Satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan ialah untuk memastikan bahawa anda sudah membuat back-up untuk kesemua data-data penting sebelum anda bertolak.Tidak kira jika barangan berharga anda hilang,anda masih mempunyai data back-up.

Sebuah lagi tips yang menarik oleh Naib Presiden Global Consumer Marketing McAfee,Gary Davis ialah untuk meletakkan maklumat untuk mencari anda pada lock screen peranti anda.

Lock screen boleh berfungsi untuk melindungi data yang disimpan pada peranit anda.Tetapi jika peranti anda hilang dan ada seseorang yang ingin memulangkannya,ia akan berguna untuk dia mencari anda.

Applikasi Go-tracking juga boleh membantu anda.Satu aplikasi mudah yang dipasang pada peranti anda boleh membantu anda untuk menentukan sama ada peranti anda hilang atau dicuri.Dalam beberapa kes yang lain,ia turut membantu anda mendapatkannya kembali.

Akhir sekali,pasang satu perisian yang membolehkan anda membuang segala informasi yang terdapat pada peranti anda dari jarak jauh.

Jika anda tercari-cari di mana perlu anda dapatkan perisian untuk melakukan semua tugas-tugas ini,satu penyelesaian yang komprehensif,iaitu McAfee Mobile Security.

0 comments: