The great place to get up-to-date with the latest technology.

LG G Pro 2 dilancarkan bulan hadapan ?

Pembuat telefon bimbit Korea Selatan iaitu LG Electronics sudah bersedia untuk melancarkan beberapa telefon pintar mewah mereka.Antara telefon pintar yang mungkin terlibat ialah LG G Pro 2.

Menurut info daripada ETNews,telefon pintar tersebut mungkin bakal berada di pasaran dengan skrin sentuh 6-inci yang mampu menyediakan resolusi full HD,sedikit besar daripada yang dijangkakan iaitu 5.9-inci sahaja.

Tambahan lagi,telefon pintar tersebut dikatakan dilengkapi Snapdragon 800 processor,3GB RAM dan Android 4.4 KitKat.Ia mungkin akan dilancarkan di Mobile World Congress di Barcelona pada bulan hadapan (Februari).

Walau bagaimanapun,setakat ini masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai hal ini.

Sumber : ETNews

0 comments: