The great place to get up-to-date with the latest technology.

Games untuk Google Glass dilancarkan !


Google Developers dapat merasakan bahawa Google Glass akan menjadi platform baru untuk bermain.

Bertujuan untuk memberikan inspirasi supaya orang lain mula mencipta permainan untuk Google Glass,Google Developer terlebih dahulu mencipta 5 permainan mini yang boleh dimainkan menggunakan Google Glass.

Dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki oleh Google Glass dan juga kemahiran Google Developer,mereka berjaya mencipta permainan yang agak asas seperti Tennis,Balance,Clay Shooter,Matcher dan Shape Splitter.

Grafik yang digunakan dalam permainan ini tidak terlalu rumit kerana mereka tidak mahu pengguna Google Glass memberikan tumpuan mereka 100% kepada permainan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Namun,apa yang dijangka menjadi penghalang besar untuk mereka mencipta permainan yang lebih hebat lagi ialah ketahanan bateri Google Glass itu sendiri.

Kesemua permainan ini boleh dimuat turun (download) di sini.




Source : Google Developers

0 comments: