The great place to get up-to-date with the latest technology.

Dell update Alienware 17 & 18



Dell update laptop mereka yang khusus untuk gaming,Alienware

Menurut sebuah laman web rasmi milik Dell Jerman,syarikat tersebut sudah update Alienware 17 dan 18 mereka dengan video card NVIDIA GeForce GTX 880M,GTX 860M dan AMD Radeon R9 M290.

Jadi buat masa ini,Alienware 17.3 disenaraikan dengan NVIDIA GTX 880M dengan video memori 8GB GDDR5,atau GTX 860M dengan 2GB GDDR5,ataupun AMD R9 M290X dengan 4GB GDDR5.

Bagi versi 18.4-inci pula menyediakan ciri-ciri yang sama untuk video card tetapi hadir dengan konfigurasi dual-GPU SLI dan CrossFire.Selain daripada itu,spesifikasinya kekal seperti sebelum ini.Jadi,pembeli masih akan dapat prosesor 4th Gen Intel Haswell i7 dengan 32GB RAM,display 1080p dan tambahan mSATA SSD.

Buat sementara waktu,pihak Dell masih belum mengambil order bagi model yang telah diperbaharui ini.

Sekiranya anda berminat untuk melihat spesifikasi laptop ini,sila layari Dell Jerman.

Source : Dell

0 comments: