The great place to get up-to-date with the latest technology.

Cara menukar format fail tanpa menggunakan software

Berteraskan kemajuan teknologi yang semakin berkembang pada setiap hari,para pencipta gajet canggih telah memudahkan para pengguna mereka dengan menambah feature demi feature.Menonton movie,mendengar lagu,melayari internet dan juga membuat panggilan video dengan hanya menggunakan sebuah gajet.

Namun begitu,untuk menonton video,hanya beberapa format sahaja yang boleh dimainkan di gajet anda.Untuk menukar format video tersebut,anda mungkin perlu memuat turun softwarenya terlebih dahulu.Proses yang memakan masa yang lama ini juga boleh membuka peluang kepada para penggodam untuk menghantar virus kepada anda.

Oleh yang demikian,pada tutorial kali ini,saya akan mengajar anda cara-cara untuk menukar format sebuah video kepada apa-apa format yang anda kehendaki.Namun begitu,berkemungkinan juga fail yang anda telah tukar formatnya tidak dapat dibuka.

Pertama sekali,anda perlu membuka sebuah folder.Tidak kisah anda membuka folder apa.Asalkan ianya adalah sebuah folder.Kemudian,cari pada "MENU BAR" folder tersebut perkataan "TOOLS".Klik pada "TOOLS" tersebut.Satu dropdown menu akan keluar.Klik pada "Folder options...".

Setelah anda klik pada "Folder options...",akan keluar satu popup windows.Klik pada "VIEW".Cari perkataan "Hide extensions for known file types" dan untick pilihan tersebut.Kini,anda boleh mengetahui jenis format fail anda dan boleh menukarnya dengan sesuka hati.

Jika sebelum ini anda create fail text bertajuk "Suka² blogging",kini fail tersebut akan berubah namanya menjadi "Suka² blogging.txt".
Sebagai contoh,fail video anda yang sebelum ini ialah "movie.mp4",anda ingin menukar format tersebut kepada MKV,maka,anda hanya perlu mengubah teks dibelakang nama fail tersebut.Ini bermaksud fail anda akan dinamakan sebagai "movie.mkv"

3 comments:

Anonymous said...

maksudnya folder tu bukak dekat mana ?

Anonymous said...

maksudnya bukak folder tu dekat windows explorer ke ?

Anonymous said...

erm...menu ar tu katmane ek?sye cari kat menu bar tu x de tools pon...lagi 1, folder yg kat computers ke?