The great place to get up-to-date with the latest technology.

Nikon D4



Nikon mengumumkan keterdapatan terbarunya Nikon D4,kamera format Nikon-FX yang bakal menjadi mercu tanda bagi barisan kamera DSLR syarikat itu.

D4 dilengkapi dengan sensor imej CMOS dengan saiz pengimejan 36.0x23.9mm dan kuasa enjin pemproses terkini XPEED 3,enjin yang direka khas untuk kamera jnis DSLR.Menawarkan versatiliti dan kefungsian yang lebih,di samping kualiti dan perincian imej yang diperkaya berserta kelajuan mantap.

Dengan kiraan piksel efektif 16.2MP ia mampu merakam imej hebat di mana-mana keadaan cuaca pada sensitiviti ISO luas 50 hingga ISO 204800.Sensor RGB 91K-piksel pula menyokong Sistem Pengesanan Latar Dimajukan (Advanced Scene Recognition System),yang mampu mengesan wajah manusia yang dibingkaikan menggunakan viewfinder.Ia juga menawarkan penambahbaikan dalam AF,AE,kawalan flash i-TTL dan ketepatan kawalan White Balance AWB.

Sistem AF menawarkan 51 titik fokus dan diperbaiki dengan kelajuan lebih bagus dalam autofokusnya serta kemampuan mengesan dan fokus pada subjek meskipun cahaya rendah.Tambahan,11 titik fokus adalah berfungsi sepenuhnya apabila lensa dengan apertur maksimum F/8 digunakan.

Semua ini bermaksud fokus yang lebih baik diperoleh termasuk ketika menggunakan lensa super-telephoto NIKKOR (2.0x).Untuk penggemar movie,fungsi rakaman video multi kawasan HD penuh disediakan,untuk rakaman HD penuh 30 fps.

Ia turut disertakan dengan pilihan kreatif.D4 merakam imej ke kad memori dan menyokong kad flash kelajuan tinggi UDMA-7 dan kad XQD.


Sudah semestinya gajet ini akan menjadi tumpuan ramai di pasaran.D4 turut dilengkapi WLAN untuk pemindahan imej kelajuan tinggi bebas komputer.

Lebih info tentang Nikon D4 ? Lihat disini --> Nikon | News | Digital SLR camera Nikon D4

0 comments: