The great place to get up-to-date with the latest technology.

Mengubah teks jam di komputer anda

Dengan menggunakan registry,saya akan mengajar anda cara-cara untuk mengubah teks "AM/PM" di jam komputer anda kepada "pagi/petang" atau apa-apa sahaja yang anda inginkan.


Pertama sekali,anda perlu buka menu RUN.Kemudian,sila taip "regedit".Akan keluar satu program baru.Kita akan mengedit tulisan tersebut dengan menggunakan program ini.

Anda perlu klik pada HKEY_CURRENT_USER>Control Panel>International.

Ini bermaksud,anda perlu klik pada "HKEY_CURRENT_USER",kemudian,klik pada "Control Panel",dan akhir sekali,klik pada "International"

Cari perkataan "s1159" dan double-click pada ia.Tukar perkataan "AM" kepada "pagi".
Seterusnya cari perkataan "s2359" dan double-click pada ia.Kemudian,tukar nilainya daripada "PM" kepada "petang".

Cuba restart semula komputer anda untuk mencuba keberkesanan tip ini.

0 comments: