The great place to get up-to-date with the latest technology.

Tutorial dan trick post gambar di facebook chat


Sudah beberapa minggu sejak Facebook Developer membenarkan para pengguna laman sosial tersebut untuk meng'post' gambar di Facebook Chat mereka.Antara kaedah untuk 'post' gambar di Facebook Chat ialah dengan menaip simbol "[[" dan meletakkan facebook ID di sebelah kanan simbol tersebut dan menaip simbol "]]" semula untuk menutup facebook ID.

Sebagai contoh,saya ingin meng'post' profile picture saya iaitu sebuah kereta di dalam Facebook Chat.Maka,saya akan memasukkan kod berikut untuk meng'post' gambar tersebut.

[[ShuichiSyad]]
Gambar yang akan dipaparkan di skrin anda ialah sebuah kereta.Namun,gambar tersebut terlalu kecil dan sukar untuk dilihat memandangkan Facebook akan me'resize' gambar tersebut menjadi lebih kecil.

Berteraskan dunia teknologi yang semakin berkembang,sebuah laman web berjaya mencipta tools online untuk anda meng'post' gambar anda di Facebook Chat dengan resolusi yang lebih baik.

Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya meng'upload' gambar yang anda inginkan ke laman web tersebut dan memasukkan CAPTCHA yang tertera.Seterusnya,anda perlu klik pada butang "Upload Now".

Sila tunggu selama beberapa saat dan laman web tersebut akan meminta anda LIKE FANPAGE mereka.Jika anda tidak mahu LIKE mereka,anda boleh klik pada "Show Codes".Dan kod anda akan tertera pada sebuah kotak.

"Copy" kod tersebut dan "paste"kan ke dalam chatbox Facebook anda.

Laman yang dimaksudkan di atas ialah http://smileyti.me/