The great place to get up-to-date with the latest technology.

PAPA... (akhirnya kau tewas jua!)

Sinopsis

Kehidupan Intan Julia (Ju) bersama-sama dengan papa (Jeffri),mama (Intan Maliana),serta Mak Cik Noraini begitu bahagia.Semasa di rumah,Mak Cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan antara mama dengan papa Ju.Perbualan mereka terputus apabila Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana mengandung anak kedua.Situasi itu telah mengundang kebimbangan Mak Cik Noraini dan rakan-rakan Intan Maliana kerana mereka tahu akan risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Maliana.Namun demi kasih akan suaminya,Intan Maliana bertekad untuk meneruskan kandungannya.

Jeffri sibuk menyediakan keperluan bayi yang bakal dilahirkan.Dia membeli dua buah katil kerana dikhabarkan bahawa Intan Maliana mengandung anak kembar.Tiba saat mahu melahirkan anak,Intan Maliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.Intan Maliana melahirkan dua orang anak lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga ke punggung.Namun kedua-dua bayi itu meninggal dunia,manakala Intan Maliana koma selepas mengalami komplikasi.

Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana.Ju yang meningkat dewasa mula rapat dengan Rasylan,rakan sekolahnya.Hubungan itu ditentang oleh papanya kerana status keturunan dan asal-usul Rasylan.Ju dan papanya tabah menjaga Intan Maliana yang masih koma.Ju dan Rasylan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi UIA.Julia beberapa kali terserempak dengan Aisyah dan papanya berbual-bual di kedai makanan segera.

Julia terdengar akan perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa tentang hasrat papa yang mahu berkahwin lagi.Konflik berlaku apabila Julia mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan papanya sehingga mengakibatkan dia ditampar oleh Jeffri.Konflik itu berakhir apabila Jeffri berbincang dengan Ju tentang hasratnya itu.Julia akhirnya bersetuju dengan hasrat papanya yng mahu berkahwin lagi.Julia kasihan melihat papanya yang kesunyian.Jeffri berkahwin dengan Aisyah.Julia pula berjaya menamatkan kursusnya di Pusat Matrikulasi UIA.

Selepas selesai menunaikan solat Maghrib,Jeffri dan Ju pergi menjenguk Intan Maliana di biliknya.Intan Maliana yang telah bertahun-tahun koma akhirnya membuka mata.Ju terkejut dan berasa amat gembira,manakala Jeffri kelihatan tenang sambil tersenyum.Suasana gembira bertukar sepi apabila Aisyah masuk ke bilik itu sambil memegangbahu Jeffri.Keadaan itu menyebabkan Jeffri menjadi serba salah.Intan Maliana kelihatan marah.Jeffri menceritakan perkara sebenar.Intan Maliana tiba-tiba mendengus kuat sambil melepaskan genggaman tangan Jeffri.Sejurus selepas itu,Intan Maliana meninggal dunia.

Inti Pati Bab

Bab 1
  • Ju (Intan Julia) perasan akan kemesraan antara Jeffri (papa) dengan Intan Maliana (mama) ketika hendak menikmai minum petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini (pembantu rumah).
  • Dia berasa kagum serta agak jengkel terhadap hubungan kedua-dua orang tuanya yang meskipun sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih hangat kemesraanya.
Bab 2
  • Ju berasa gembira apabila diberitahu oleh Jeffri bahawa mamanya sedang mengandung.
  • Mak Cik Noraini turut gembira tetapi sedikit cemas kerana teringat akan kesukaran Intan Maliana semasa melahirkan Julia lalu mengingatkan Jeffri dan Intan Maliana mengenai hal itu.
Bab 3
  • Kerana cinta yang tulus terhadap Jeffri,Intan Maliana bersedia mengikuti keinginan Jeffri yang sudah sekian lama mahu menimang cahaya mata,meskipun sedar akan risiko yang mungkin menimpanya.
  • Ju diperkenalkan kepada Aisyah oleh Jeffri,pelajar Jeffri di kolej tempat Jeffri mengajar ketika mereka berada di gelanggang tenis.
Bab 4
  • Di dalam kereta,Cikgu Suzie mengingatkan Intan Maliana tentang risiko yang bakal dihadapinya disamping membangkitkan komplikasi yang dihadapinya ketika melahirkan Julia dahulu serta keadaan Julia yang nyaris-nyaris maut sewaktu baru dilahirkan.
  • Intan Maliana membalas hujah Cikgu Suzie lalu menyatakan keputusan dan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jeffri.
  • Selepas menurunkan Cikgu Suzie di bengkel kereta,Julia yang tadinya mencuri dengar percakapan mamanya dan Cikgu Suzie,perasan akan perubahan pada air muka mamanya hingga menyebabkannya tertanya-tanya.
Bab 5
  • Intan Maliana menimbulkan beberapa kemungkinan dan persoalan kepada Jeffri tentang keadaan dirinya dan bayi yang bakal dilahirkannya kelak.
  • Mak Cik Noraini bercerita kepada Ju tentang keadaan Ju yang lahir tidak cukup bulan,keadaan mamanya pengsan,perihal papanya yang memohon pertolongan Tuhan,serta betapa berusahanya dia menjaga Ju.
Bab 6
  • Jeffri menceritakan kisahnya kepada Ju tentang seorang pelajarnya,iaitu aisyah.Aisyah kerap mempelawa Jeffri minum-minum di warung.
  • Secara berseloroh,Ju mencadangkan agar Jeffri mengahwini gadis itu,namun Jeffri tidak berminat.
Bab 7
  • Mak Cik Noraini menegur sikap Jeffri yang membuat persiapan terlalu awal untuk menyambut kelahiran bayinya.
  • Jeffri,Ju dan mak Cik Noraini bergegas menghantar Intan Maliana ke hospital kerana Intan Maliana mahu bersalin.
  • Jeffri mengungkapkan kata-kata semangat kepada isterinya sebelum dia dibawa masuk ke dalam bilik bersalin.
Bab 8
  • Doktor memaklumkan bahawa Intan maliana perlu menajalani satu pembedahan ekoran komplikasi terhadap kandungannya.
  • Bayi kembar siam yang dilahirkan oleh Intan Maliana meninggal dunia,manakala Intan Maliana koma sebagai akibat kehilangan darah yang banyak.
  • Rakan taulan menziarahi jenazah Ahmad dan Muhammad di rumah keluarga Ju.
Bab 9
  • Ju yang masih bimbang dengn keadaan mamanya ke sekolah dengan meniki kereta papanya.
  • Hari itu dia mula berkenalan dengan pelajar baru bernama Rasylan.
  • Ju menolak permintaan pelajar itu untuk berjumpa dengannya kerana perlu mengikut papa melawat mama di hospital.
Bab 10
  • Jeffri,Ju dan Cikgu Suzie melawat Intan Maliana di hospital.
  • Ketika di rumah,Ju melihat-lihat foto lama milik papa dan mamanya sambil membayangkan kisah mereka pada waktu muda.
  • Ju membaca sepucuk surat yang ditulis oleh papa kepada mamanya.Melalui surat itu,Ju mengetahui batapa tinggi kasih sayang papa terhadap mamanya.
  • Mengimbas kembali nasib Mak Cik Noraini yang merupakan sepupu kepada Jeffri yang kehilangan keluarganya dalam suatu kemalangan ketika menjelang hari raya,17 tahun yang lalu.
  • Ju berasa sedih selepas diejek oleh Murni yang turut mempengaruhi orang lain supaya memusuhi Ju.
  • Rasylan menenangkan kemarahan Ju terhadap orang yang memusuhi Ju.
  • Mak Cik Noraini menenangkan Ju yang sedih kerana teringat akan mamanya.
  • Ju terdengar akan perbualan antara papanya dengan kak Aisyah.

0 comments: