The great place to get up-to-date with the latest technology.

Gunakan carian Google untuk memecahkan kod CanYouCrackIt ?




Laman sesawang Can You Crack It milik GCHQ yang dibina bagi membantu merekrut pemecah kod yang berbakat untuk Jabatan Kerajaan British,telah banyak diambil perhatian oleh pihak media dan blogger.

Namun begitu,GCHQ tidak melakukan kerja yang bagus apabila laman yang sepatutnya hanya dilihat oleh orang yang berjaya memecahkan kod tersebut,kini boleh diakses oleh orang ramai dengan hanya sedikit teknik carian di enjin carian Google.

Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan kata kunci "site:www.canyoucrackit.co.uk" di kotak carian Google dan beberapa laman akan dikeluarkan.

Anda akan perasaan sebuah URL seperti ini :


di salah satu result yang dikeluarkan oleh Google.

Ya!Itulah page yang sepatutnya hanya boleh dilihat oleh orang yang berjaya memecahkan kod tersebut!
Nampaknya,penyelaras (admin) laman tersebut tidak menyembunyikan page tersebut daripada hasil carian di Google.

Dan sudah pasti pertandingan memecahkan kod ini sudah tidak berguna lagi kerana page tersebut kini boleh diakses oleh orang ramai dari serata dunia.

p/s : Ketika artikel ini ditulis,penyelaras laman web CanYouCrackIt telahpun menyembunyikan laman http://canyoucrackit.co.uk/soyoudidit.asp daripada carian Google

Credit to : Naked Security

0 comments: