The great place to get up-to-date with the latest technology.

Pecahkan kod bagi digaji oleh agensi perisikan U.K.


Agensi perisikan Ibu Pejabat Komunikasi Britain (BGCH) telah melancarkan sebuah laman web yang mencabar para pelawat laman tersebut bagi memecahkan sebuah kod,menurut BBC.Tujuannya ialah bagi mencari calon yang berpotensi bagi menangani ancaman siber.

Pertandingan tersebut bermula pada 3 November yang lepas melalui sebuah laman web yang tidak terkenal iaitu http://www.canyoucrackit.co.uk yang memaparkan kod visual dan sebuah grid yang mengandungi nombor dan huruf.Pelawat terlebih dahulu perlu memecahkan kod itu sebelum mereka diberikan akses ke laman Ibu Pejabat Komunikasi Britain (GCHQ).

GCHQ mengatakan bahawa ada beberapa orang telah berjaya memecahkan kod tersebut,tetapi pertandingan itu akan diteruskan selama 10 hari iaitu sehingga 12 Disember 2011.

Tambah mereka lagi,ini bukan kali pertama mereka menggunakan tektik merekrut yang luar biasa bagi menggaji pekerja baru.

Hanya warga United Kingdom yang berjaya memecahkan kod tersebut sahaja yang akan diambil bekerja oleh agensi perisikan itu.

0 comments: