The great place to get up-to-date with the latest technology.

Sembunyikan folder di Windows XP [Versi Bahasa Melayu]


Di dalam tutorial kali ini,saya akan kongsi sebuah trick yang mungkin anda telah ketahui.Tetapi saya akan tetap berkongsi untuk kebaikan orang lain.


Antara tutorial yang dicari di Google ialah "Cara-cara untuk menyembunyikan folder","Cara-cara-untuk membuat sebuah folder persendirian","Cara-cara untuk mengunci folder".Para pencari tutorial sebegini sanggup untuk memuat turun fail ".exe" bagi membuat sebuah folder yang disembunyikan.Hakikatnya,mereka sendiri tidak tahu apa yang fail ".exe" tersebut boleh lakukan terhadap komputer mereka.

Jadi,pada hari ini,saya akan mengajar anda tutorial/cara-cara untuk membuat sebuah folder tersembunyi (hanya jika anda menggunakan Windows XP).
Teknik mungkin tidak akan berkesan jika anda menggunakan Sistem Operasi selain daripada Windows XP.

  1. Bina sebuah folder di dalam C:\ anda (saya akan menamakan folder tersebut sebagai "irsyad")
  2. Buka Command Prompt anda dan masukkan arahan berikut
  3. attrib +s +h C:\irsyad
  4. Jika anda memeriksa folder C:\ anda,anda akan dapati bahawa folder irsyad hilang(Sebenarnya,ia ada masih ada di sana tetapi tersembunyi).
  5. Untuk tidak menghilangkan folder tersebut semula,anda perlu memasukkan arahan ini di Command Prompt anda.
  6. attrib -s -h C:\irsyad
  7. Folder tersebut akan jadi seperti biasa.
  8. Anda juga bole menukarkan C:\irsyad kepada mana-mana folder lain asalkan direktorinya betul dan folder tersebut wujud.
  9. Tutorial bertujuan untuk pembelajaran sahaja.Saya harap,anda tidak akan menggunakannya untuk kebaikan anda sendiri(menyimpan gambar lucah,video lucah dan banyak lagi).Sebaliknya,gunakanlah ia untuk menyimpan data-data penting seperti database,dokumen,kertas kerja dan lain-lain.
Read here for English version for this tutorial : Hide folder in Windows XP [English Version]

0 comments: