The great place to get up-to-date with the latest technology.

Pengenalan Bandwidth

Perbezaan di antara "Bandwidth" dan "Data Transfer"

Sebenarnya tidaklah susah untuk memahami 2 istilah tersebut, Bandwidth dan Data Transfer, yang biasa digunakan dalam dunia internet, khususnya pada pakej-pakej web hosting.

Secara asasnya, ada perbezaan mendalam pada dua istilah tersebut.

Bandwidth adalah menunjukkan jumlah data yang dapat di pindahkan per unit waktu.

Sedangkan Data Transfer adalah ukuran lalu lintas data dari website kita. Lebih mudah kalau dikatakan bahawa bandwidth adalah rate/kadar dari data transfer.

Apabila bandwidth yang disediakan besar yang kita gunakan untuk membangunkan sebuah website, maka website akan ter-load lebih cepat kerana server mampu mentransfer data yang lebih besar tiap detiknya.

Hal ini tidak membuat data transfer menjadi besar, kerana jumlah dari data transfer bergantung pada jumlah pengunjung website dan ukuran file website kita (termasuk gambar, audio, video dan sebagainya). Makin besar angka pengunjung, makin besar jumlah data yang ditransfer dari website , maka makin besar pula data transfernya.

Adakah bandwidth yang ditawarkan benar-benar tidak terbatas?

Bagaimana sebuah syarikat web hosting mengetahui jika seorang pelanggannya telah memakai terlalu banyak bandwidth? Dan bagaimana sebuah company web hosting menjaga performa server dari kehabisan sumber daya?

Kebiasaanya kita mesti tahu sebelum memiliki web hosting sendiri dan pasti fail-fail itu adalah menjadi milik kita jua berbanding menggunakan hosting percuma.Fail itu menjadi hak milik syarikat yang telah memberi perkhidmatan percuma kepada kita.

Maka, setiap syarikat webhosting telah menggariskan pakej-pakejnya bersama jumlah bandwitdh mengikut harga tertentu.Jadi sini kita perlukan bajet untuk tentukan ibarat kita menyewa kedai.

Istilah bandwitdh selalu digunakan dalam penawaran pakej hosting dari syarikat tertentu.

Ringkasnya :

1- Bandwidth adalah ukuran besarnya lalu lintas data (data traffic) yang membolehkan website kita ke seluruh jaluran internet.

Besarnya bandwidth yang boleh disediakan oleh sesebuah syarikat hosting ditentukan oleh capaian jaringan internet mereka, samada melalui internal data center mereka mahupun ke eksternal iaitu internet public.

2- Bandwidth besaran transfer data yang diperbolehkan dalam suatu pakej hosting. Misalnya anda memiliki halaman web sebesar 48KB, maka setiap pengunjung halaman web anda yang membuka halaman tersebut akan mengunduh/mendownload informasi/data sebesar 48 KB ke komputer mereka.

Jika ada 100 pengunjung ke halaman tersebut maka telah terjadi transfer data sebesar 4800 KB dari server dimana file anda berada ke komputer pengunjung.

Jadi Bandwidth adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan besaran data yang telah ditransfer keluar dari kuota space hosting anda.

Berapa besar bandwidth yang anda perlukan?

Ia bergantung dari 2 faktor:

1- Besar file dalam website anda. Semakin besar file yang akan diakses oleh pengunjung website anda, maka semakin besar kebutuhan bandwidth anda.

2- Populariti website kita. Semakin popular website anda, maka semakin banyak pengunjung yang akan melihat website kita dan semakin besar pula keperluan bandwidth hosting kita.

Ada rumusan sederhana yang boleh digunakan untuk memperkirakan berapa keperluan bandwidth bagi website kita, iaitu :

[Taburan pengunjung setiap hari x Rata-rata halaman web dilihat x Rata-rata ukuran file halaman web x 31 x Fudge Factor]

Rata-rata pengunjung setiap hari – jumlah pengunjung yang anda perkirakan mengunjungi website anda, secara rata-rata, setiap harinya.

Rata-rata halaman web dilihat – Secara rata-rata, jumlah halaman web yang anda perkirakan akan dilihat pengunjung. Jika anda memiliki 50 halaman web maka rata-rata setiap pengunjung akan melihat 5 halaman web anda dalam satu kali kunjungan.

Rata-rata ukuran file halaman web – Rata-rata ukuran halaman web anda, dalam Kilobyte (KB).

Jika anda sudah melakukan design web anda, anda boleh terus mengira berapa ukuran per halamannya.

Fudge Factor – Nilai diatas angka 1. Gunakan 1.5 untuk hasil yang aman, yang mengasumsikan bahawa estimasi sebesar 50%.

Jika anda tidak cukup yakin, anda boleh gunakan angka 2 atau 3 untuk memastikan keperluan bandwidth anda lebih dari cukup.

Biasanya, pakej hosting menawarkan bandwidth dalam ukuran Gigabyte (GB) per bulan. Oleh kerana itu formula diatas menggunakan perkalian sebesar 31.

Dari pengalaman saya, untuk website persendirian atau usahawan kecil, keperluan bandwidth tidak lebih dari 1 GB sehingga saya sarankan tidak perlu menyewa pakej hosting yang tidak boleh digunakan secara maksimal. Sewalah pakej hosting yang sesuai dengan keperluan anda.

Itulah satu perkataan saja BANDWITDH yang perlu kita fahamkan dalam dunia internet atau perniagaan anda diatas talian.

Ingat ! Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps.

Dengan kuasa internet,saya dapat berhubung dengan anda hanya melalui komputer. Begitu juga dengan anda. Dengan internet, pertukaran data atau maklumat antara komputer mudah berlaku. Mungkin ada yang berkata, saya tidak berhubung secara terus pun dengan anda, hanya membaca blog ini saja.

Sebenarnya, blog ini juga berada di dalam komputer, cuma bukan seperti yang selalu kita guna, iaitu di server.

Untuk memastikan anda semua (tidak kiralah di mana anda) boleh membaca blog ini, saya telah menyewa sedikit ruang dalam server. Inilah yang kita panggil hosting. Bergantung kepada bayaran, setiap penyedia hosting telah menetapkan had penggunaan bandwidth pada setiap bulan.

Bandwidth akan digunakan sekiranya,

  • Membuka blog ini
  • Menulis komen di sini
  • Saya menulis artikel baru
  • Dan lain-lain lagi

0 comments: