The great place to get up-to-date with the latest technology.

Teknik muat turun (download) yang selamat


Ketika melakukan muat turun,pastinya anda dalam keadaan selesa dengan kelajuan internet.Bermakna,terbuka kemungkinan untuk menerima pelbagai masalah yang boleh muncul ketika melayari internet.Contohnya,kemasukan virus.Jadi,berwaspada dari awal ketika melakukan muat turun sesuatu dari internet.Selain itu,kita juga akan berdepan dengan masalah hak cipta karya di internet.Untuk hal ini,kita harus memerhatikan setiap fail yang akan anda download.

HAK CIPTA

Proses download sering dikaitkan dengan pelanggaran hak cipta.Sama ada berbentuk software,video atau lagu-lagu yang banyak berlegar di internet.Meskipun pencegahan telah dilakukan oleh pelbagai pihak,tetapi belum nampak hasil pencegahan pelanggaran hak cipta tersebut.Hal ini,seharusnya bukan dilakukan oleh pencipta karya ataupun pihak yang berwajib,melainkan kesedaran dari pengguna internet itu sendiri.Sikap untuk menghargai karya cipta orang lain adalah dasar untuk mencegah pelanggaran hak cipta di alam maya.

Banyaknya program-program yang bersifat Open Source (freeware) boleh dianggap sebagai usaha untuk mencegah hal tersebut.Jadi,gunakanlah program-program yang memang sengaja dibuat secara percuma oleh pembuatnya.Jika ada yang percuma,mengapa kita harus melanggar hukum dengan melanggar hak karya cipta dari orang lain? Atau,apabila anda memang memerlukan sebuah program yang bersifat SHAREWARE,usahakanlah untuk dapat membeli lesennya secara sah.


Ketika proses muat turun,selain pelanggaran hak cipta,terdapat hal lain yang patut diambil perhatian,iaitu virus,spyware,malware,worm dan sebagainya yang dapat menyebabkan terganggunya kestabilan kerja komputer.Hal-hal tersebut hanya berlaku bagi para pengguna sistem operasi Windows (kebanyakan digunakan oleh pengguna).Pengguna komputer dengan sistem operasi Macintosh atau Linux sejauh ini tidak menemui indikasi kemasukan dengan hal-hal seperti itu.Menurut Wikipedia (http://id.wikipedia.org/wiki/Virus_komputer),dari seluruh virus yang beredar di dunia (tidak kurang dari 40,000 jenis virus) sebahagian besar ditujukan untuk menyerang sistem operasi berasas Windows (Windows 95,Windows 98/98SE,Windows NT,Windows NT Server,Windows 2000,Windows 2000 Server,Windows 2003,Windows 2003 Server,Windows XP Home Edition,Windows XP Professional,Windows XP Service Pack 1,Windows XP Service Pack 2,Windows Vista Service Pack 1) bahkan GNU/Linux.

Hampir 95% virus adalah virus komputer berasas sistem operasi Windows.Sisanya,2% menyerang GNU/Linux dengan versi kernel dibawah 1.4 (dan Unix,sebagai source dari Linux,tentunya),1% menyerang Mac terutamanya Mac OS 9,Mac OS X (Tiger,Leopard).2% lagi menyerang sistem operasi lain seperti FreeBSD,OS/2 IBM dan Sun Operating System.
Cara penularan virus pun bermacam-macam.Namun,sebahagian besar virus dapat menyerang komputer anda melalui internet dan juga melalui sebuah media penyimpanan data yang memasuki komputer anda (seperti flashdisk).Internet bagaikan pedang tajam yang bermata dua.Dari segi lain,internet dapat menghasilkan sesuatu yang sangat baik untuk penggunanya,tetapi juga dapat memberikan hal yang tidak diinginkan.Termasuk ketika anda menggunakan internet untuk proses muat turun ,sebaiknya anda perhatikan extension fail yang anda muat turun.Biasanya (pada Windows) extension fail dari virus adalah .exe,seperti layaknya program biasa.Hal ini keranan virus itu bersifat executeable (.exe).Tujuannya tentu untuk menjalankan virus yang ditanam di dalam fail .exe tersebut tanpa pengetahuan penggunanya.


Saya sarankan agar anda lebih berhati-hati dalam memilih extension fail yang akan anda muat turun (khususnya extension fail .exe).Namun,apabila fail tersebut di muat turun dari laman rasminya cukup selamat,sehingga risiko menularnya pada komputer cukup kecil.Oleh itu,jika anda mendapatkannya bukan dari laman rasmi,saya sarankan agar anda memilih fail yang mempunyai kelengkapan,seperti .zip atau .rar.Fail-fail tersebut adalah fail yang telah dijamin agar keselamatan fail lebih terjaga.Selain itu,saiz fail yang telah diatur akan lebih kecil.Ingat,saiz fail yang lebih kecil tentunya akan membuat proses muat turun anda lebih cepat selesai.Untuk membuka fail dengan extension .zip atau .rar,anda boleh menggunakan program-program seperti Winzip,WinRAR,BetterZip,7Zip dan sebagainya yang dapat anda muat turun secara percuma di lamannya.(Contoh,untuk laman web Winzip di alamat : https://www.winzip.com/prod_down.htm).

Dari data-data tersebut di atas,pengguna komputer (khususnya pengguna sistem operasi Windows) harus melakukan usaha untuk mencegah kemasukan komputer dari virus-virus.Cara yang paling berkesan untuk mencegah hal tersebut adalah dengan masukkan program anti-virus pada komputer anda.Tentunya mencegah lebih baik daripada mengubati bukan?

0 comments: