The great place to get up-to-date with the latest technology.

5 Cara Memilih Sahabat



Antara nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah S.A.W.) kepada anaknya :

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya.Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan kita.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,da jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu,ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia member,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata,ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat,dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

0 comments: