The great place to get up-to-date with the latest technology.

Cara untuk meletakkan password pada Microsoft Word




Pernahkah anda mengalami situasi di mana hasil kerja anda dicuri oleh orang lain ?
Mungkin anda pernah mengalaminya.Jadi,saya akan ajar cara-cara untuk meletakkan password pada fail Microsoft Word supaya hanya anda yang boleh membukanya walaupun jika fail itu dicuri oleh orang lain.

Pertama sekali,anda perlu membuka Microsoft Word (Saya akan menggunakan Microsoft Word 2007)

Kemudian,saya akan menaip sesuatu di dalam Microsoft Word tersebut bagi memastikan bahawa saya menggunakan hanya satu fail.

Seterusnya,tekan logo Windows,akan keluar satu menu,tekan pada PREPARE,kemudian tekan pada ENCRYPT DOCUMENT.

Setelah anda melakukan langkah di atas,akan keluar satu pop-up box yang meminta anda mengisikan password bagi fail tersebut.

Anda akan diminta untuk memasukkan semula password.

Kemudian,anda save document anda menggunakan nama yang anda mahu.Saya akan menamakan fail saya sebagai irsyadblogger2011.docx
Bagi memastikan bahawa password telah diletakkan,anda tutup Microsoft Word tadi,kemudian anda cuba membukanya semula.Sebuah pop-up box akan keluar untuk meminta password bagi mengakses dokumen tersebut.

Jika anda memasukkan password yang betul,anda akan berjaya.

0 comments: