The great place to get up-to-date with the latest technology.

Majlis perkahwinan di dalam gelanggang tinju


CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin.

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland.

Pertandingan itu melibatkan kategori super welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu.


0 comments: