The great place to get up-to-date with the latest technology.

Cara tidur yang terbaik



Orang dewasa memerlukan masa tidur selama 6 hingga 8 jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara 4 hingga 5 jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.



Islam melarang tidur secara meniarap.



Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah. (Hadith Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah bermaksud : Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur 2x pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33x ) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikkan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti Al-Fatihah, ayat kursi, dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

DOA SEBELUM TIDUR

DOA 1

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

DOA 2

اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي عَافَانِيْ فِي جَسَدِي وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya

DOA 3 (Ketika Berbaring)

اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : Ya Allah Engkau Tuhanku, denganMu aku rebahkan sisiku, dan denganMu aku mengangkatnya, sekiranya Engkau memegang diriku maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh

DOA 4

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Maksudnya : Ya Allah aku hadapkan mukaku ini kepada Engkau dan aku serahkan urusanku kepada Engkau dan aku sandarkan belakangku ini kepada Engkau dengan keinginan dan kegerunanku kepada Engkau, tiada pergantunganku dan tempat bergantung kecuali kepada Engkau, aku beriman dengan kitab Engkau yang Engkau turunkan, dan Nabi Engkau yang Engkau utuskan

DOA 5

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ

Maksudnya : Ya Allah ! Tuhan langit dan bumi, Tuhan arasy yang agung, Tuhan kami, dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (Menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan) Yang menurunkan Taurat, dan Furqan (Al-Quran) , aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya, Ya Allah ! Engkau Yang Pertama tiada sebelum Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Terakhir tiada selepas Engkau sesuatu Engkaulah Yang Zahir tiada di atas Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Batin tiada sesuatu melainkan Engkau, Langsaikanlah hutang dari kami dan berikan kami kekayaan agar bebas dari kefakiran.

DOA 6

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Maksudnya : Ya Allah ! Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya, aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ke tempat yang selamat

Credit to : http://www.facebook.com/notes/faridz-mikaelz/tidur-cara-nabi/250379815011836

Credit to : http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/d31.html

1 comments:

Unknown said...

Slm Tn.

No.1 tu bukankah doa bangun tidur?

Saya pernah terbaca dlm sahih Bukhari, ada satu doa sebelum tidur yg terbaik, saya terlupa. Tn bolh bantu? Tk