The great place to get up-to-date with the latest technology.

Fadhilat & Hikmah Membaca Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah bererti surah pembuka kata iaitu Surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi tujuh ayat.Ia digelarkan "Ummul-Quran" (Ibu Al-Quran) kerana ia mengandungi secara ringkas dasar-dasar keseluruhan kandungan.


Semenjak zaman Rasulullah S.A.W. dan para ulama kemudiannya telah mengamalkan membaca Surah ini pada setiap majlis agama dan berdoa.Memang isi kandungan Surah Al-Fatihah pun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang Islam.Di antaranya ialah untuk memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.


Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. mengenai fadilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Fatihah ini.Di antara sabda baginda bermaksud:
  • Membaca Fatihah kitab (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam (erti) bacaanya.Di antaranya adalah seperti berikut:

  • Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari.Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
  • Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur,diikuti membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali,Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, insya-Allah akan tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
  • Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik,termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat,untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir,untuk dapat menyelesaikan hutang,untuk menyembuhkan penyakit,agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi,maka hendaklah memohon kepada Allah S.W.T. dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.Waktunya ialah di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.Amalkan amalan ini sehingga 40 hari,insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah S.W.T.
  • Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali lepas solat fardhu,insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan,pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat,baik akhlak.Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah S.W.T.
  • Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan,amalkan membacaAl-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam.Insya-Allah akan dimakbulkan Allah.
  • Sesetengah ulama menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah S.W.T.Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
  • Dianjurkan juga amalan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali,insya-Allah dapat mengubati sakit mata,sakit gigi,sakit perut dan lain-lain.
Demikianlah antara fadhilat membaca Surah Al-Fatihah.

0 comments: